Catatan Popular
-
Karnival Kebudayaan dan Kesenian Sekolah Rendah, Peringkat PPD Keningau, Sabah, telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 01hb dan 02hb M...
-
SEKOLAH KEBANGSAAN BUNGA RAYA, KENINGAU, SABAH.. Sepintas Lalu Nama Sekolah Kebangsaan Bunga Raya (SKBR), diambil sempena dengan nama tempa...
-
Khusus untuk kawan-kawan kita yang inginkan maklumat Keputusan 4D Terpantas dan Terkini, sila klik pautan ini: http://www.4dkaki.com/keputus...
-
Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Terima kasih kerana sudi melewati blog sulung saya. Blog ini saya reka untuk berkongsi apa pun bentuk...
-
Berita Harian Online Ahli CUEPACS diugut pegawai atasan: Omar
-
Salam 1Malaysia. Berita mutakhir! Sedikit menggembirakan penjawat awam seluruh negara, hasil pertemuan Cuepacs dengan Perdana Menteri (PM)...
-
Hai/Hello/Kopisanangan/Kansayan... Mahukan berita-berita terkini@mutakhir ? Sila layari http://www.malaysiakini.com/bm/ Kalau korang ada...
-
Berita Harian Online Asal usul kalendar ASAL-USUL KALENDER, nak tau lebih lanjut? Sila klik pautan ini yang kebetulan sempat saya nampak...s...
-
Berita Harian Online Pasukan petugas diberi dua bulan semak semula SBPA
-
Borang-Borang SBPA terbahagi kepada 4 jenis yang masing-masing dicatat sebagai Lampiran F, Lampiran G, Lampiran H dan Lampiran J. Walau baga...
Jumaat, 23 Disember 2011
Khamis, 22 Disember 2011
MERRY CHRISTMAS! SELAMAT HARI NATAL.
Hanya tinggal 2 hari saja lagi, seluruh umat Kristian akan menyambut perayaan Natal. So, dalam kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI NATAL DAN TAHUN BARU / MERRY CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR / KOTOBIAN TADAU KRISMAS OM TOUN WAGU..semoga Natal ini akan membawa kegembiraan dan kesatuan seluruh umat sejagat.
Merry Christmas..
Merry Christmas..
JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKAITANGAN AWAM 2011
Hanya tinggal 8 hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru, 2012. Semoga tahun ini telah membawa kejayaan dan kecemerlangan kepada kita. Begitupun, bagi rakan-rakan yang hajat dan cita-cita tahun ini belum tercapai, usah khuatir, usah risau dan usah bersedih hati kerana tahun baru masih ada. Yang pentingnya kita Usaha dan Berusaha, pasti berjaya.
JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM, 2012
Berikut ini adalah Jadual Pembayaran Gaji bagi kakitangan awam dan pesara kerajaan, yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, bagi tahun 2012.
Bulan / Wulan | Tarikh / Tadau | Catatan / Nuut |
Januari / Milatok | 16 Januari 2012 Isnin / Tontolu | Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012 |
Februari / Mansak | 23 Februari 2012 Khamis / Tadtaru | |
Mac / Gomot | 22 Mac 2012 Khamis / Tadtaru | |
April / Ngiop | 25 April 2012 Rabu / Madsa | |
Mei / Mikat | 23 Mei 2012 Rabu / Madsa | Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012 |
Jun / Mahas | 25 Jun 2012 Isnin / Tontolu | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012 |
Julai / Madas | 25 Julai 2012 Rabu / Madsa | |
Ogos / Magus | 13 Ogos 2012 Isnin / Tontolu | Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012 |
September / Manom | 25 September 2012 Selasa / Mirod | |
Oktober / Gumas | 22 Oktober 2012 Isnin / Tontolu | Hari Raya Haji 26 Oktober 2012 |
November / Milau | 6 November 2012 Selasa / Mirod | Deepavali 13 November 2012 |
Disember / Momuhau | 18 Disember 2012 Selasa / Mirod | Hari Krismas 25 Disember 2012 |
Nota : Perkataan berhuruf condong dalam Bahasa Kadazandusun (BK).
Diusun atur oleh : Louis M.Lubis /Guru BK SKBR, Keningau, Sabah.
SBPA: Hasil Pertemuan Cuepacs dengan PM
Salam 1Malaysia.
Berita mutakhir! Sedikit menggembirakan penjawat awam seluruh negara, hasil pertemuan Cuepacs dengan Perdana Menteri (PM) kelmarin:-
Berita mutakhir! Sedikit menggembirakan penjawat awam seluruh negara, hasil pertemuan Cuepacs dengan Perdana Menteri (PM) kelmarin:-
- PM bersetuju agar pelaksanaan SBPA yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 01 Januari 2011, ditangguhkan;
- Dalam pertemuan itu, PM turut menyarankan agar pihak Cuepacs dan JPA mengadakan rundingan bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan kelemahan SBPA;
- Cuepacs akan bertemu dengan pihak JPA hari ini (23.12.2011, Jumaat), bagi menyampaikan mesej 1.4 juta penjawat awam, berkaitan kekurangan-kekurangan SBPA dan perlu diperbaiki.
Selasa, 20 Disember 2011
BORANG OPSYEN SBPA 2012
Borang-Borang SBPA terbahagi kepada 4 jenis yang masing-masing dicatat sebagai Lampiran F, Lampiran G, Lampiran H dan Lampiran J. Walau bagaimanapun, borang yang hangat di "pasaran" sekarang ialah Borang Lampiran F iaitu BORANG OPSYEN PERSARAAN WAJIB 60 TAHUN. Rakan-rakan penjawat awam dan "yang sewaktu dengannya", boleh mengakses borang berkenaan secara online di pautan ini www.mohe.gov.my/sbpa/guru/opsyen-guru.html
Selamat mengakses!
Isnin, 19 Disember 2011
Keputusan 4D Terkini
Khusus untuk kawan-kawan kita yang inginkan maklumat Keputusan 4D Terpantas dan Terkini, sila klik pautan ini: http://www.4dkaki.com/keputusan/
Hehe..kalau ada kena, blanja la kawan...
Hehe..kalau ada kena, blanja la kawan...
Sabtu, 17 Disember 2011
BERITA-BERITA MUTAKHIR
Hai/Hello/Kopisanangan/Kansayan...
Mahukan berita-berita terkini@mutakhir? Sila layari http://www.malaysiakini.com/bm/
Kalau korang ada apa-apa nak kongsi, silalah hantar ka, komen ka..apa-apa la...
Thank you/Terima kasih/Kotoluadan/Pounsikou/Paningkuanangan...
Mahukan berita-berita terkini@mutakhir? Sila layari http://www.malaysiakini.com/bm/
Kalau korang ada apa-apa nak kongsi, silalah hantar ka, komen ka..apa-apa la...
Thank you/Terima kasih/Kotoluadan/Pounsikou/Paningkuanangan...
SBPA: USAH TERGESA-GESA TANDATANGAN OPSYEN, IKUT SARANAN CUEPACS
Salam Sejahtera.
Kebanyakan sekolah khususnya di PPD Keningau, Sabah, telah menetapkan 19/12/2011, sebagai tarikh untuk guru-guru hadir ke sekolah masing-masing untuk mendengar taklimat ringkas SBPA sama ada oleh guru besar ataupun penolong kanan. Penulis, apabila bercerita dengan rakan-rakan guru mendapati hampir semua sekolah telah memilih tarikh ini sebagai tarikh sesuai bagi pihak sekolah "meminta" staf masing-masing untuk menandatangani Opsyen Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan berakhir pada 30 Disember 2011.
SBPA yang diumumkan semasa Pembentangan Bajet 2012, dilihat amat menggembirakan hampir 1.4 juta kakitangan awam seluruh negara, kerana telah menjaja dan menjanjikan pelbagai kebaikan kepada semua penjawat awam. Ini termasuklah kenaikan gaji tahunan serta pelanjutan umur persaraan 60 tahun.
Apa pun bagi penulis, terpulanglah kepada rakan-rakan penjawat awam untuk membuat keputusan dan pertimbangan sama ada akan menandatangani opsyen berkenaan mulai tarikh esok ataupun lusa. Yang penting kita insaf bahawa semua yang kita lakukan hendaklah dibuat atas pertimbangan "wajar" dan bukannya "didesak" oleh mana-mana pihak. Bagi penulis, ada juga baiknya andai kita tunggu saranan daripada pihak Cuepacs, yang akan mengadakan Taklimat SBPA pada hari ini, 18/12/2011, jam 3.00 petang, di Kuala Lumpur, serta selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri.
Maklumat lanjut, sila layari http://cuepacs.blogspot.com/
Rabu, 14 September 2011
Rabu, 16 Mac 2011
Aktiviti Karnival Kebudayaan dan Kesenian, Sekolah Rendah, Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Keningau, Sabah, di SK.Bunga Raya, Keningau
Karnival Kebudayaan dan Kesenian Sekolah Rendah, Peringkat PPD Keningau, Sabah, telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 01hb dan 02hb Mac 2011, dan dikelolakan oleh SK.Bunga Raya, Keningau, Sabah.
Sebanyak 5 kategori pertandingan telah dipertandingkan iaitu Seni Tarian Etnik, Nyanyian Solo, Nyanyian Berkumpulan, Teater dan Seni Visual. Sementara itu, sebanyak 52 buah sekolah daripada 72 buah sekolah rendah di PPD Keningau, telah menyertai pertandingan itu, walaupun tidak semua jenis pertandingan disertai oleh sekolah-sekolah yang telahmenyertai.
SK.Bunga Raya, selaku penganjur dan pengelola yang diberi mandat oleh pihak PPD Keningau, telah berjaya menjuarai pertandingan kategori Seni Tarian Etnik dan menjadi naib juara bagi kategori Nyanyian Berkumpulan menerusi Dikir Barat.
Sempena karnival ini juga upacara perasmian Asrama Desa PIBG telah disempurnakan olah Yang Berhormat (YB) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah, merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, dan Ahli Parlimen Malaysia P180 Keningau, yang mana telah diundang khas selaku perasmi bagi karnival ini.
Sesungguhnya pihak sekolah amat menghargai dan menyanjung tinggi kprihatinan YB yang sanggup meluangkan masa merasmikan karnival ini dan seterusnya merasmikan bangunan Asrama Desa PIBG, yang mana pembinaannya adalah hasil sumbangan daripada YB Tan Sri sendiri.
Berikut diabadikan gambar-gambar aktiviti sempena karnival tersebut, untuk tatapan kita bersama:
Urusetia Pendaftaran dengan senyuman. |
Kesibukan urusetia dan guru-guru pengiring di urusetia pendaftaran |
Senyuman Macho: (Kiri ke kanan) Cikgu Evon, Cikgu Zaidy, Cikgu Julius dan Cikgu Ajim (SK.Liau) |
Tambah kapsyen |
Langgan:
Catatan (Atom)