Halaman

Rabu, 16 Mac 2011

Aktiviti Karnival Kebudayaan dan Kesenian, Sekolah Rendah, Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Keningau, Sabah, di SK.Bunga Raya, Keningau

Karnival Kebudayaan dan Kesenian Sekolah Rendah, Peringkat PPD Keningau, Sabah, telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 01hb dan 02hb Mac 2011, dan dikelolakan oleh SK.Bunga Raya, Keningau, Sabah.

Sebanyak 5 kategori pertandingan telah dipertandingkan iaitu Seni Tarian Etnik, Nyanyian Solo, Nyanyian Berkumpulan, Teater dan Seni Visual. Sementara itu, sebanyak 52 buah sekolah daripada 72 buah sekolah rendah di PPD Keningau, telah menyertai pertandingan itu, walaupun tidak semua jenis pertandingan disertai oleh sekolah-sekolah yang telahmenyertai.

SK.Bunga Raya, selaku penganjur dan pengelola yang diberi mandat oleh pihak PPD Keningau, telah berjaya menjuarai pertandingan kategori Seni Tarian Etnik dan menjadi naib juara bagi kategori Nyanyian Berkumpulan menerusi Dikir Barat.

Sempena karnival ini juga upacara perasmian Asrama Desa PIBG telah disempurnakan olah Yang Berhormat (YB) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah, merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, dan Ahli Parlimen Malaysia P180 Keningau, yang mana telah diundang khas selaku perasmi bagi karnival ini.

Sesungguhnya pihak sekolah amat menghargai dan menyanjung tinggi kprihatinan YB yang sanggup meluangkan masa merasmikan karnival ini dan seterusnya merasmikan bangunan Asrama Desa PIBG, yang mana pembinaannya adalah hasil sumbangan daripada YB Tan Sri sendiri.

Berikut diabadikan gambar-gambar aktiviti sempena karnival tersebut, untuk tatapan kita bersama:

Urusetia Pendaftaran dengan senyuman.

Kesibukan urusetia dan guru-guru pengiring di urusetia pendaftaran




Senyuman Macho: (Kiri ke kanan) Cikgu Evon, Cikgu Zaidy, Cikgu Julius dan Cikgu Ajim (SK.Liau)

Tambah kapsyen
























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan