Catatan Popular

Khamis, 22 Disember 2011

SBPA: Hasil Pertemuan Cuepacs dengan PM

Salam 1Malaysia.

Berita mutakhir! Sedikit menggembirakan penjawat awam seluruh negara, hasil pertemuan Cuepacs dengan Perdana Menteri (PM) kelmarin:-
  • PM bersetuju agar pelaksanaan SBPA yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 01 Januari 2011, ditangguhkan;
  • Dalam pertemuan itu, PM turut menyarankan agar pihak Cuepacs dan JPA mengadakan rundingan bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan kelemahan SBPA;
  • Cuepacs akan bertemu dengan pihak JPA hari ini (23.12.2011, Jumaat), bagi menyampaikan mesej 1.4 juta penjawat awam, berkaitan kekurangan-kekurangan SBPA dan perlu diperbaiki.
Hehe..nampaknya ada harapan perjuangan kita. Harap-harap JPA berlembut dalam menerima cadangan-cadangan pihak Cuepacs. Apa pun, sama-samalah kita tunggu keputusan pertemuan meja bulat tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan