Catatan Popular

Sabtu, 17 Disember 2011

SBPA: USAH TERGESA-GESA TANDATANGAN OPSYEN, IKUT SARANAN CUEPACS

Salam Sejahtera.

Kebanyakan sekolah khususnya di PPD Keningau, Sabah, telah menetapkan 19/12/2011, sebagai tarikh untuk guru-guru hadir ke sekolah masing-masing untuk mendengar taklimat ringkas SBPA sama ada oleh guru besar ataupun penolong kanan. Penulis, apabila bercerita dengan rakan-rakan guru mendapati hampir semua sekolah telah memilih tarikh ini sebagai tarikh sesuai bagi pihak sekolah "meminta" staf masing-masing untuk menandatangani Opsyen Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan berakhir pada 30 Disember 2011.

SBPA yang diumumkan semasa Pembentangan Bajet 2012, dilihat amat menggembirakan hampir 1.4 juta kakitangan awam seluruh negara, kerana telah menjaja dan menjanjikan pelbagai kebaikan kepada semua penjawat awam. Ini termasuklah kenaikan gaji tahunan serta pelanjutan umur persaraan 60 tahun.

Apa pun bagi penulis, terpulanglah kepada rakan-rakan penjawat awam untuk membuat keputusan dan pertimbangan sama ada akan menandatangani opsyen berkenaan mulai tarikh esok ataupun lusa. Yang penting kita insaf bahawa semua yang kita lakukan hendaklah dibuat atas pertimbangan "wajar" dan bukannya "didesak" oleh mana-mana pihak. Bagi penulis, ada juga baiknya andai kita tunggu saranan daripada pihak Cuepacs, yang akan mengadakan Taklimat SBPA pada hari ini, 18/12/2011, jam 3.00 petang, di Kuala Lumpur, serta selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri.
Maklumat lanjut, sila layari http://cuepacs.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan